take my HAND; and GUIDE me
through*
Wednesday, October 27, 2004
1:08 AM
First Time Bayar Zakat Fitrah Sendiri
Buat pertama kalinya, aku bayar zakat fitrah sendiri.... Dgn bpakaian tshirt lengan pendek n seluar jeans lembut, aku mgadap tok kadi utk baca lafaz "nikah"...kih..kih..kih.....
Thn ni, aku dan adik aku bayar sendiri...Padahal thn ni merupakan thn kedua aku beraya tanpa mak dan ayah bersama(dah genap 2thn++ mak n ayah bpisah)....
Memandangkan mak aku skrg sendiri,aku dan adik aku (lelaki-umur 20) bayar zakat fitrah sendiri....Tak sanggup nak nyusahkan mak...n ayah..biarlah dia dgn kehidupan baru.....
Pada umur aku genap 22 thn, aku sepatutnya bekerja membantu mak aku....Tapi ntahla....Aku pun ada cita2...n aku pun dah membantu family dlm tempoh sethn....Bila mak dan ayah bpisah, aku ambil keputusan utk bekerja,sampai la kehidupan kami adik-beradik kembali stabil...
Alhamdulillah, dgn sokongan kakak2 membolehkan aku utk sambung studi, kerana cukupla pengorbanan aku selama setahun membantu family...Keputusan diploma aku pun bukan kategori teruk....Cuma aku mengambil keputusan memilih universiti jauh selepas kecewa dlm bercinta dulu...
Segala yg dah lepas, sudah pun aku lupa...Kat sarawak ni pun, aku dah x minta mak ayah hantarkan duit.. dengan duit loan dan untung berniaga(rabu - jual kuih, ahad - jual nasi), aku mampu membeli keperluan seharian..Cuma aku berjimat...Aku tak pernah beli buku...Aku fotostat jer tutorial, latihan n sedikit note yg aku tak faham... Alhamdulillah, keputusan aku agak memberangsangkan...
entahla...harap keputusan aku ke sini adalah yg terbaik...Di sini aku belaja berdikari...Di sinilah, aku belajar n mencari rezeki sendiri....Dgn kesihatan yg memaksa aku buat medical check-up setiap 2 minggu sekali di hospital, aku harunginya seorg diri....
Alhamdulillah, setakat ni aku masih kuat n tabah....Harap, Allah panjangkan umur aku dan kesihatan aku agar dapat membantu dan membalas jasa ibu dan bapa ku...Terutama ibuku yang menyara aku seorang diri.....Terima kasih,ma!...
Rasanya, ni 1st time, aku menulis mengenai diriku dan family ku... Aku bukanlah seorang yang suka menceritakan hal peribadi di sini....Aku adalah seorang yg perahsia dan sukar difahami dan dijangkakan....
Tapi biarlah, ia menjadi kenangan.... Semua itu dah berlalu....Ada pahit manis dalam kehidupan aku.....
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me
through*
Sunday, October 24, 2004
10:50 PM
Cinta Seorang Suami
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih... lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi.
Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukanuntuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemi selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh menaip dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku... biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun.. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
p/s : Kalaula aku dapat suami mcm ni..bertuahnyer..."mati bahagia" pun takpe.
Thanks atas hadiah besday..sorry, tak byk makan...takder mood sbb 'heheh'...
Awak..hal td sy serius...kalau jodoh awak dah sampai, lupakan jer la saya...saya terima seadanya andai jodoh saya lewat...Saya tak membenci....Bahagia bila tgk org yg kita syg bahagia....Tapi nak awak tahu, kiter syg sgt kat awak....But I hope this second love will be the last and forever....
"Ya Allah Ya Tuhanku, jika dia diciptakan untukku, dekatkanlah hatinya dgn hatiku, eratkan dan kekalkanlah hubungan kami hingga ke pelamin dan selamanya, dan Jika dia bukan diciptakan untukku, jauhkan lah dia drku, hindarilah diriku dari sifat kecewa, rawatlah hatiku yang luka dan yang patah harap dpt tumbuh kembali. Amin....
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me
through*
Monday, October 18, 2004
1:07 PM
"Aku akan pulang..hehehe"
Yea...lagi seminggu aku akn pulang...tak sabar2 nak balik....semalam aku berbuka makan nasi lauk sardin n air kosong jer.....Kat sini aku tak cukup makan...bukan sebab aku berjimat...tapi mmg kat sini kurang segalanya....kurang kedai makan...kat sini takder roti jala n murtabak yg aku suka...
Aku akan pulang..yea...lepas ni nak qada' makan, nasi seperiuk....Hehehe...biar mgemok badan ni...
Hmm, aku baru jer lepas amik paper 'killer' Circuit Theory...mak aihh, susah giler....Setakat ni, aku rasa paper yg susah ialah Programming, Math Eng, n Circuit Theory.. Tgk ajerla pointer nanti....
InsyaAllah, apabila diri sudah berusaha, pasti ada habuan....'Cekal, Tabah, dan bertawakal la....
Kat sini imsak dlm 4.55am. Buka 6.30 pm...Solat terawikh start lam 7.50 n habis kul 9....Kat sini buat 8 rakat+3 witir.
Lepas ni, aku terpaksa berkemas beg dan semua barang..Barang2 semua kena letak kat bilik fello....Uhh, penat la nak ngangkat plak....Nasib baik kesihatan amat baik skrg....
p/s : Aku rasa nak keje la bila balik kl..keje kat kedai fotostat pun jadila....Tapi tak cukup sebln ahh. Kena keje kira hari...Saper yg perlukan pekerja tambahan, bgtau la aku....Keje kat kedai makan pun jadila....
Awak, miss U....nanti besday kiter tau awak?? dah pk ker hadiah nak bagi kiter....tapi yg mesti ada, kena blanja makan 2x...Hehhe...nak 6 double cheese burger.........nak chocolate besar....heheh....nak hadiah 'makanan'....Ekkeke........kiter nak makan..makan..n makan....
Kak fir, ika pun nak hadiah.........makanan jugak.....hehhe
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Saturday, October 22, 2005
12:07 PM
Selamat Ulangtahun Yg Ke-23Hari ini 23 Oktober 2005, genap usia aku 23 tahun...Tuanya aku.....Masih belajar lagi...Bosannya...Bila la nak habis belaja, kawin duk umah jer....dah sakit kepala aku blaja....Tahun ni aku memikul satu t/jwb baru....tugas yang amat berat dan tak tahu rasanya aku mampu menjalankan-Nya dgn baik atau tak...Menjadi seorang daripada Exco Majlis Perwakilan Pelajar(MPP), menjadi wakil bagi student Fakulti Kejuruteraan dan menjadi Exco Alumni dan Pengantarabangsaan MPP sesi 2005/2006. Satu exco baru, yang tugasnya masih samar2 dan masih dalam kajian....
Aku mula merasakan agak tension dgn status baru aku ini...Dengan setiap hari menyarungkan baju formal-baju kurang dan kasut tumit( tumit seinci jer cukup) sudah cukup merimaskan aku...Kemana menghilangnya stail aku yang dulu?? Lebih selesa mengenakan slack or jeans and t-shirt. menyarungkan beg kecil di belakang?? Sekarang ni kena pakai handbag?? apa2 jelah....malas aku layan semua itu...
Semua assignment, tutorial semua aku tiru..mana sempat nak buat sendiri...Ada satu hari tu exam math, 4 jam sblm exam baru studi....aahh...nasib baik la result blh tahan....tapi dpt ciput2 jer la....Aku dah tak blh mengharapkan yang aku akan dpt markah tinggi dlm setiap exam...cuma mengharapkan lulus pun jadila...Cuma kalau project, aku yang ketua, tu baru aku buat (yerla, terpaksa buat)...
Sekarang, aku mula dpt mensesuaikan diri dengan kekalutan dan kesibukan ini...Aku studi exam jer pun kira syukurla....Aku dah mula belajar membahagikan masa antara tugas, tanggungjawab dan studi....Harap aku dapat mengharunginya dgn kuat semangat, tabah, dan sabar...
Takpe, tanggungjawab ni cuma setahun jer..Of course dlm sethn ni, pointer aku akan turun....Janji tak turun byk sangat cukupla....Dlm sibuk2, nak naikkan pointer utk taknak bayar PTPTN....hehhe....
Menghadapi Hari Perkahwinan Org Yg Pernah Kita SayangAku tak tahu kenapa aku menyuarakan tajuk ini....Mungkin aku merasakan aku akan menghadapinya tak lama lagi...Mungkin...Ex 1st dah tak dengar khabar 1/2 thn, dia dah kawin kot....Yg kedua, maybe akan berkahwin..al-maklumla, umur mereka dah lanjut...hehehhe
Harapan aku semoga, mereka semua berbahagia dengan rumahtangga yang dibina dan berkekalan sehingga ke akhir hayat....Semoga dapat baby2 yaang comel, anak2 yang berguna dan asuhla mereka dengan sebaik mungkin...Harap juga mereka mendapat isteri2 yang baik, solehah,pandai mengambil hati dan penyayang......Harap mereka semua mencintai orang2 yang pernah aku sayang sepertimana aku sayang mereka sewaktu sedang bercinta dulu..or biarlah kasih sayang mereka lebih daripada aku....
Harapan aku kepada org2 yang pernah aku sayang 'Apabila anda sudah mendirikan masjid,di situlah bermula tanggungjawab seorang suami dan ayah. hargailah isteri dan anak2...mereka amanah dpd Allah'
Ditanya sanggupkah aku dtg di majlis perkahwinan mereka??
jawapan aku : Entahla, maybe dtg, or maybe tak dtg....Akan dtg, tapi membawa Faezah (kwn baik aku)...or memilih utk tidak akan hadir???
Ditanya adakah aku akan nangis selepas menghadiri perkahwinan mereka??
jawapan aku : Entahla, tak kot...Benda dah berlalu...Tak payah sedihkan diri lagi...Rezeki dia dtg dulu...Rezeki aku kemudian...Lagipun dah takde apa nak dikenang....Itu semua pengalaman hidup yang membuatkan kita lebih matang....
Ditanya tidakkah aku ingin mencari pengganti??
jawapan aku : Entahla, tak terfikir utk itu skrg...Aku lebih bahagia dgn life aku skrg....Hidpu bz antara tugas dan studi...Biarla studi habis dulu....Dah malas nak bercinta time study....Dah serik utk merasa kecewa....Dah terlalu sukar utk mempercayai kaum sejenis Itu lagi....pintu hati dah tertutup buat beberapa tahun yg akan dtg....Dah takder perasaan.....Menjadi seorang yg 'no feeling, statik'....hehhe....Pendek kata, aku tak mau dah...Tunggu jerla jodoh yang hadir....
Ditanya mengapa aku begitu??
jawapan aku : Entahla, perasaan susah utk dimengertikan...
Diucapkan takziah kepada Dato' Seri sekeluarga atas kehilangan isteri tercinta...
Semoga roh Datin Seri dicucuri rahmat...
Disediakan web site untuk rakyat mengucapkan takziah kpd PM sekeluarga.
http://www.pmo.gov.my/doc/takziah.nsf/blog
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Thursday, September 22, 2005
10:26 AM
Kisah sepasang suami isteri tuaMasa cuti mid sem ari tu, fakulti aku ada buat trip ke bintulu...perjalanan bas dalam 14 jam...jauh la....Ada berhenti kat kawasan pantai...biasalah bdk2 laki nak mandi-manda....Adalah banyak2 gerai kat dpn tu....Ada satu gerai yg mengharukan aku....sebuah gerai yg terdiri oleh sepasang suami isteri tua ( bangsa cina kot ) dlm lingkungan umur 70-an.... Nak tahu diaorg jual apa....'kepak ayam panggang'....bukan senang nak jual tu....terharu tgk...rasa kesian dan bangga pun ada....betapa utuhnya cinta mereka hingga ke hujung nyawa....bsusah-payah mencari rezeki, x mengharapkan simpati org or bantuan anak2 ( x tahula ada anak ke tak ).....susah nak cari org tua yg menggunakan tulang empat kerat mencari rezeki....aku rasa nak nangis masa tu....Aku asik tengok jer diaorg....Nak bakar ayam bukan senang...panas bahang lagi, panas terik, hujan semua ada....Nak beli takut plak ( almaklumlah cina yg jual )......
Kisah seorg ayah melindungi anaknyaAda terbaca paper...sorryla terlambat skit baca...almaklumlah sini paper rm2.00....baca kat fakulti je kalau takder org....Kisah accident seorg ayah dan anak lelakinya berusia 10 bulan....apa yg aku baca & faham ( sbb baca tgesa2...almaklumla curi2 baca )....anak dia sakit mata...ayah dia nak bawak pi klinik...kebetulan kereta rosak....ayah dia ni bawakla motor....anak dia kesejukan....ayah dia tak tahu nak lindungi anak dia ngn apa...ayah dia sarungkan baby dia ngn baju sejuk dia (sweater dia kot)...besar sgt....sekali lengan sweater tu tersangkut kat tayar belakang motor....ayah dia tak dpt kawal motor dia la....dua beranak ni jatuh....baby dia ni mati...yela 10 bulan baru...cedera parah kat kepala....ayah dia pun cedera gak....
aku rasa kesia pada si ayah ini....Dia nak melindungi anak dia, tak sangka benda macam ni nak berlaku...Dah takdir...Mesti ayah ni rasa bersalah seumur hidup...Aku berharap sgt ayah ni tak rasa bersalah...Dia dah buat yang terbaik utk anak dia...Tapi ALLAH dah tentukan segalanya...Dia pun tak jangka semua ni akan berlaku.....
Ini mengingatkan aku pada kisah abg ipar aku.....
Kisah abg ipar akuMasa aku cuti semester yang lepas, abg ipar aku amik akak aku dari kerja kat PJ...naik motor jer...pastu singgah amik anak dia 2 org, perempuan 6thn,lelaki 4thn kat umah baby sitter dia....So, 4 org la sekali naik moto..punyalah sarat.....Masa sampai simpang kat umah, tiba2 ada anjing melintas....Dia tak sempat brek...Terlanggarlah anjing tu...Jatuhla motor...abg ipar aku tercampak n terjatuh hempap anak dia yg ppuan...Kakak aku plak jatuh tapi peluk anak dia yg laki....Semua cedera..berdarah2 la...Masa tu akak aku pengsan...Abg ipar aku la yg cedera kat kaki tangan semua amik anak2 dia n isteri dia letak tepi jalan....Pastu, kebetulan ada jiran diaorg lalu naik kete...Bawala diarg pi pusat perubatan....
Abg ipar aku suh doktor rawat anak2 dia dulu n isteri dia...kakak aku kena masuk air....Badan dia lemah...Anak dia ppuan, yg 6 thn tu kena jahit 14 jahitan kat dahi n tangan, kaki, lengan, dah, bibir, mata semua berdarah...Dia paling terukla...Anak lelaki dia yg 4 thn tak teruk...cuma luka kat badan2...n kaki berbalut jer.....Last sekali, barulah, doktor rawat abg ipar aku.....Padahal dia teruk gak luka2..cuma tak berjahit n tak de patah2 la.....
Sayu aku tgk dia...Dia rela tahan sakit asalkan doktor rawat anak2 dia n isteri dia dulu...Bagi aku, agaknya itulah pengorbanan seorg suami dan ayah....Dah la lepas tu, dia bersusah payah hantar anak dia yg ppuan ke hosp private utk dapat best service....
Terus-terang aku cakap bertuah akak aku dapat suami penyayang dan sgt sayangkan anak2 dia....Daripada mula2 kawin, akak aku tak tahu masak, sumai dia masuk dapur, masak semua n tunjuk satu persatu camner nak masak makanan favourite dia...masakan kampung la...Punya la bersabar melayan karenah akak aku yang agak manja n moody tu....Sampaila, skg akak aku dah terror masak...n abg ipar aku blhla relaks jer.....
p/s: Best kan dpt suami penyayang cam2...Aku bersyukur...Kedua2 akak aku hidup bahagia bersama suami pilihan masing.....Aku berdoa semoga aku juga dipertemukan suami yang penyabar, penyayang, baik, penuh dgn sikap kelakian dan tahan dengan karenah aku yang yang manja ni....Cinta pertama belum tentu cinta yang sejati. Tetapi, cinta sejati biasanya cinta yang terakhir.
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Monday, September 19, 2005
3:37 PM
Hp aku rosakkk...masuk airHehehe....aku akan menyepi buat seketika disebabkan masalah di atas....Dah pi kedai hp, tapi ada kedai yg tak blh baiki...sbb software pun dah 'kong' sekali...Kena pi kedai yg betul2 terror..Aku mintak tolong bdk laki cina kelas aku pi hantarkan kedai hp....Harap2 nanti blhla...can't survive w/out h/p la....Ekeke...
Nak suh mak aku call aku, poskan kuih raya...pose nak dekat dah ni.....
Oklah..tata....(melayang lagila duit aku)
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Thursday, September 15, 2005
10:46 AM
Shima - Terserahla
Ku cari keikhlasan hati
Yang sudi berkongsi suka dan duka
Bersungguh untuk bersama
Apakah kau sudi terima
Banyak yang kau dengar
Tak semuanya benar
Dan terserahla untuk kau percaya
Walau aku cuba untuk menjelaskan
Mungkin kau terima bagai satu kepalsuan
Jatuh bangun sendirian
Pahit dan manis ku telan
Semuanya asam garam aku tempuhi
Zahir nampaknya ku tenang
Senyum penuh keramahan
Tetapi hati menangis
Tidak pernah ku ceritakan
Hanyalah tuhan
Tempat aku mengadu
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Wednesday, April 06, 2005
2:17 PM
Berhenti menulisKepada teman-teman seperjuangan,
Aku terpaksa berhenti menulis di blog ini...sebenarnya, aku dalam pemprosesan buat website baru...tapi bukan berbentuk blog...
So, aku dah takda masa n mood lagi nak maintain blog ni...Lagipun dah bosan tengok design blog ni.....Rasanya aku dah tekda benda nak bercerita pun...biarla aku terus low profile...minta maaf kawan2 semua...
babai....
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Thursday, March 24, 2005
3:04 PM
"Macam - macam"Alhamdulillah, aku dah habis dah final..Rasanya aku boleh jawap la..Walaupun bukan semua soalan dapat jawap....
Aku akan balik kl sabtu ni...Aku cuti dari 26/3 sampai 10/7...Lamanya...Alamak.aku kena keje M.A.S la ..."Mak Ayah Support"...hehhe..
Actually, aku nak bekerja part time cuti ini...Nak keje kilang ajer..Tu pun kalau bernasib baik...Tapi kena la tunggu selepas aku berehat selepas operate ni...
Rupanya selama ini yang aku selalu sakit gigi tu ada sebabnya...Ada hari aku dah tak tahan sangat, sampai aku amik panadol 8 biji. Roomate aku suruh aku pi klinik esoknya..
Terpaksalah aku pergi klinik private sabtu tu sebab dah tak tahan sangat sakit.. Rupanya aku disahkan mengalami urat mati..or ada urat gigi aku yg dah gagal berfungsi...Tak tahula sebab apa...Gigi aku takder berlubang pun....Doktor tu bagi ponstan n antibiotik utk legakan sakit aku....Padahal malam tu, aku ada paper final lagi...
Nasib baik doktor tu tulis surat utk aku berikan kepada doktor di KL. Memandangkan aku akan balik KL dalam tempoh seminggu lagi...Dia kata aku kena operate dgn pakar memandangkan aku ada masalah darah....Terpaksalah aku berehat selama 2 minggu selepas operate tu...
Sedang aku dlm kesakitan, nenek aku pula sakit tenat di kampung. Doktor di hospital dah suruh nenek aku duduk umah tunggu masa jer..Sebab dah takder usaha lain yg dpt dibuat...
Aku harap aku dapat balik sebelum nenek aku pergi...banyak dosa aku padanya....Dahla aku cucu kesayangan nenek...Nenek aku tinggal rumah aku dalam tempoh beberapa tahun jugak..Sejak dr sek. men lagi...Aku selalu sanggup berlapar di sekolah sebab nak balik makan masakan nenek...Kadang2 ada yg aku tak suka makan sebab masakan dia ada yg manis sangat... Tapi kesian tgk dia masak, aku terpaksa makan...Hari tu masa raya, nenek aku sempat bagi duit raya kat aku...Padahal aku dah besar dah..
Setiap kali aku balik kg, dia mesti tidur sebelah aku...Akulah cucu kesayangan dia...Sebab kakak2 ku dah kawin..n sepupu2 perempuan yg lain semuanya masih kecil....Lagipun, aku memang manja...
Aku harap Allah dapat tunaikan impian aku yg satu ni...Tak ternilai dosa2 aku padaNYa...Tak ternilai kasih sayang yg dia curahkan padaku...Aku nak balik jenguk mohon kemaafan darinya...aku harap Allah tabahkan diriku menghadapi dugaan ini...Kemungkinan penyakit darah aku akan lebih serius..Setakat ni masih tak tahu jenis penyakit dan punca sebenarnya..Cuma, ciri2 yg paling dekat ialah "hemophilia"...
Harap segalanya akan pulih seperti sedia kala...Harap Allah tabahkanlah diri aku...3 perkara penting berlaku dalam hidup aku pada masa yg sama....1) Putus Cinta.....2)Aku sakit.....3)Nenek kesayangan aku tenat....
Alhamdulillah, walaupun semua ni berlaku menjelang final....Aku dapat menghadapi peperiksaan dgn tenang...Walaupun aku tak dapat beri komitmen utk revision... Setiap kali aku peperiksaan, aku akan bawak air yasin....So, aku bawak botol air setiap kali exam...Harap air yasin buatan tangan aku ni dapat mengurangkan tension aku....
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Saturday, March 05, 2005
10:42 AM
Dewa - PupusAku tak mengerti, apa yang kurasa
rindu yang tak pernah begitu hebatnya
aku mencintaimu lebih dari yang kau tau
meski kau takkan pernah tau
aku persembahkan hidupku untukmu
telah ku relakan, hatiku padamu
namun kau masih bisu, diam seribu bahasa
dan hati kecilku bicara
Reff :
baru kusadari cintaku bertepuk sebelah tangan
kau buat remuk sluruh hatiku
semoga aku akan memahami sisi hatimu yang beku
semoga akan datang keajaiban hingga kaupun mau
aku mencintaimu lebih dari yang kau tau
meski kau takkan pernah tau
p/s : Aku suka sangat lagu ni...lagu Indon...skrg ni aku suka Jikustik, Peter Pan, dan Dewa....Speaker aku on selepas Isyak sampai lewat ,malam sebelum aku tido.... Hehehe
hold me TIGHT; and NEVER let go*