take my HAND; and GUIDE me
through*
Wednesday, May 26, 2004
8:58 AM
"Aku dan Semalam"
Aku rasa ni kali pertama aku menulis mengenai personal blog..Ekekeke...Dah nama pun Blog aku...
Takperla, disbbkan art pun nak tahu sgt...
1st time la aku menagis smlm kat ofis n toilet.. Aku tak pernah menangis kat dpn2 org...Rasanya ni kali ke2 kot... 1st time dulu masa aku nangis dlm bilik kuliah...pasal ex aku...Lecterur yg suker usik aku pun tak kacau aku hari tu....(tak sampai hati kot)..
Aku kalau menagis, aku mesti sakit kepala yg amat sgt.. semalam aku sampai muntah2 sbb sakit kepala... Aku bukan migrain...Tapi tak tahula...Tp aku jarang sakit kepala, kalau kena sekali, mmg teruk sgt...
Aku tido smlm pun dgn menonggeng...n akhirnya aku terlelap...
Tapi sblm tido, aku dah coret something dalam diary...Diary yg hanya menemani aku ketika aku sedih....Ya, aku hanya menulis tatkala sedih n selalunya aku akan karang puisi...Tp smlm tersangatla tak larat....
Tak tahu la apa sebenarnya yg buat aku menangis smlm....Kak azida, Fiza dan Rusdy tahu.......Aku dihina dan dikutuk sesuka hati....
oleh 2 org lelaki yg tak tahu erti perasaan...Aku rasa dah taknak berkawan langsung dgn mereka...Mereka tak pernah peduli perasaan orang...Biarla...Apa org nak cakap pun.....Mulut diaorg........
For Rusdy, thanks for cooling me.... Yerla, saya anggap jerla tu small matters....BIar jerla....
Kpd kengkawan ofis, sorryla sbb menangis kat toilet smlm...Ramai yg perasan kot...N sumer terkejut kot sbb tiap2 hari aku ceria...Tp smlm 'it my worst day'...sorry ye geng..N aku nangis bukan sbb merajuk ngn korang...Aku tak pernah merajuk ngn kengkawan sumer...
Tp pasal aku sedih sgt semalam....
p/s : Faezah, mcm biasala tugas kau, kena tau sal aku..Ekke..Nanti aku citer detail punyer...Gaji bln ni kita janji nak beli kasut yg samer kan?? Ok..aku pun kena bayar duit tempah 3 pasang baju kurung aku dr thn lepas tak berhantar kedai....Oklah.......Babbai..
"Kalau awak baca ni suatu hari nanti, ni sumer ader bersangkut paut dgn awak"...Sorry awak...Jgn buat saya camni lagi...
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me
through*
Wednesday, May 19, 2004
1:10 PM
Hampir sejuta rakyat Malaysia lebih 30 tahun belum berkahwin
KUALA LUMPUR 12 Mei - Kedudukan institusi keluarga di negara ini dikhuatiri terancam apabila jumlah lelaki dan wanita berusia 30 tahun ke atas yang tidak berkahwin telah melebihi 750,000 orang.
Statistik Bahagian Kependudukan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan sebanyak 463,085 orang daripada 753,815 orang yang belum berumah tangga pada usia 30 tahun dan ke atas, adalah lelaki manakala selebihnya wanita.
Secara lebih terperinci, statistik itu yang diasaskan kepada Banci Penduduk dan Perumahan 2000 menunjukkan 242,907 orang yang telah berusia 40 tahun ke atas belum berkahwin termasuk 9,461 orang yang mencapai usia 70 tahun dan ke atas.
Jumlah golongan bujang akan menjadi lebih membimbangkan jika dikira dari usia 20 tahun dan ke atas yang belum berumah tangga membabitkan 3,207,536 orang dengan 1,924,287 daripadanya adalah lelaki.
Bagaimanapun, punca mereka tidak berkahwin terutama golongan dewasa tidak dinyatakan.
Bancian yang sama turut mencatatkan, seramai 9,225,830 daripada 23,274,690 rakyat negara ini mendirikan rumah tangga dengan kelompok terbesar pada usia 35 hingga 39 tahun iaitu 1,434,100 orang.
p/s: Aku amik dr blog kasorrga.
Mengapa agaknya lelaki2 ini pilih utk bujang??? Ada yg dah bkemampuan pun ada kot......Maybe diaorg ni takut pd komitmen agaknya....Ataupun mmg jenis kedekut..terlalu memilih.......Mencari yg perfect???
Saper yg berusia 30+ blhla contact kita. Kita ader kwn ppuan yg solo lagi...
~ Taken from Utusan Malaysia 13/05/2004 ~
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me
through*
Monday, May 17, 2004
5:10 PM
Kehilangan
Aku kehilangan
Kehilangan kenangan semalam
Semakin ku cuba menggapai
Semakin hilang dari pandangan
Aku kehilangan
Sebuah erti cinta semalam
Perginya bersama memori silam
Hadirnya kini cuma dalam bayangan
Aku kehilangan
Kehilangan dirinya dalam diriku
Ketawa ku kini bertukar sendu
Menutup segala lara di hatiku
Aku kehilangan
Dirinya yg amat kusayang
created by : Zulaikha Abdullah
Kuala Lumpur
16 Mei 2004 : 9:17 pm
I'm feel sad today...give up....putus harapan...
I'm very tired....Don't know either I can accept it anymore or not...Mostly "not"
I dont think i want to share it with someone.....It's about my feeling...No one can understand it..."Privacy is still privay"...My privacy..
p/s : Nasib baik art call wit smlm...ceria la skit.Thanks....Study rerajin tau.karang balik, wit tunggu kat airport....Apa nama maggi korea tu?? Nanti wit nak cari la...
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me
through*
Friday, May 14, 2004
8:30 AM
Mingguan Wanita
Motivasi oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Siri 185 - Cantik bukan teras untuk dicintai
--------------------------------------------------------------------
Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintai anda SEMATA-MATA KERANA
KECANTIKAN ANDA, awas, anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah
tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban
apa saja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya mengapa,
dia memberitahu kerana, “AKU TERPESONA DENGAN WAJAHMU,” awas anda akan
ditinggalkan apabila wajah anda tidak lagi mempesona.
Lelaki yang terlalu memuji anda sebagai ‘bidadari’ bukan calon terbaik
untuk dijadikan suami. Kalau dia terpukau dengan kecantikan anda, tentu
ramai lagi yang lebih cantik daripada anda di luar sana. Kalau hari ini
dia boleh terpukau hanya kerana kecantikan anda, tidak mustahil dia
akan terpukau dengan kecantikan yang mengatasi anda suatu masa kelak.
Jatuh cinta disebabkan cantik itu penting, tapi jika terlalu
dipentingkan anda bakal menjalani kehidupan yang tidak menentu pada
usia-usia mendatang. Ingat, lelaki sentiasa ‘muda’, jika dia menjadi
ghairah oleh bibir yang merekah sampai bila-bila pun dia akan ghairah
dengan bibir yang begitu. Tiada istilah pencen meskipun dia sudah tidak
berupaya untuk berdiri tegak. Dia mungkin tidak berbuat lantaran ‘tidak
boleh lagi’ tapi hati di dalam tetap muda dan berbunga-bunga.
Percayakah anda? Anda ‘patut’ percaya, sebab lelaki yang hanya
mementingkan kecantikan sebenarnya ‘buaya’ yang tidak mahu menilai
keseluruhan anda. Dia menyempitkan penilaiannya hanya pada muka dan
apabila muka itu sudah tidak menepati cita rasanya, perasaannya turut
berubah.
Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira sebab
mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah; jika anda hodoh
jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang
menilai wanita secara tersendiri.
Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata biasanya
tidak kekal hingga ke hujung. Buktinya banyak. Jika kita hendak
mengambil artis atau model sebagai contoh (maaf para artis dan model,
sekadar contoh), kita akan dapati mereka adalah golongan cantik dan
hansem tapi kerap mengalami kebobrokan hati. Jika kita mendengar artis
itu bercerai, model itu ada skandal, itu bukanlah memeranjatkan sangat.
Namun, kita tentulah tidak menafikan ada yang amat loving dan kekal ke
akhir hayat, tapi jumlah yang bermasalah sentiasa mengatasi.
Kecantikan dan ketampanan adalah tiket kebahagiaan tetapi tiket itu
tidak valid sepanjang zaman. Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke
tempoh tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan
sebagai tiket percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan
mengorak langkah. Pergi.
ALLAH menjanjikan setiap lelaki beriman dengan bidadari yang amat
cantik hingga tidak tergambar oleh akal. Mengapa ALLAH janjikan
bidadari yang amat cantik? Sebab di situlah makna kecantikan yang
sebenar. Kecantikan di dunia adalah kenderaan untuk menuju ke situ.
Maka itulah, kecantikan dan ketampanan di dunia ini tidak boleh
dijadikan teras untuk mencintai. Bagaimana cantik pun akan pudar,
bagaimana tampan pun akan hilang. Kecantikan atau ketampanan bukan
teras keintiman. Ia alat untuk menikmati sebahagian kehidupan yang
terbaik, namun ia bukan yang terbaik. Wajah yang indah dipandang akan
menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lain-lain tidak
cantik. Kopi pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila
digandingkan dengan gula dan susu.
Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian
dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu.
Selama mana boleh bertahan? Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut
kepahitannya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa
lebih disukai dan akan terus disukai.
Awas jika anda teramat cantik dan digilai ramai sebab kemungkinan untuk
anda bertemu lelaki yang salah jauh lebih besar. Bukan untuk menakutkan
tapi cubalah fikirkan.
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me
through*
Tuesday, May 11, 2004
1:12 PM
Jodoh
Ma : Ni ma ada doa ni.. Doa nak kasi org sayang kat kita..Kasi kat bos ker, si budak tu ker???
Aku : Budak tu nak buat apa?? Dia tak suker Ika, Ika lagi tak suka dier...
Ma : Habis tu, skrg bkwn dgn saper plak??
Aku : Mana ada kawan ngn sesaper, mana ada Hp berbunyi dah..
Ma : Habis tu ngn budak tu taknak...Buat apa nak ingat org yg dah tak nak kat kamu tu???
Aku : (sedihnyer)....Ala, rilekla......
Ma : Mak mana yg tak risau anak dia tak kawin2 lagi?? Si Umi Zurina tu, ingat mak dia tak risau dia tak kawin2 lagi...Bf pun ntah ke mana..
Aku : Ala, dia dah 26..mmg ler Umi tu risau..
Ma : Habis kamu tu brapa??
Aku : Ala, ika baru nak masuk 22...Dah nak kelam kabut....
Ma : Yela, umur dah brapa, bf pun takder lagi...Nanti dah 25, baru kelam kabut nak cari bf.. Tgk Wati..
Aku : Ala, saper nak kat Ika...Masak pun tak reti...
Ma : Ala, kakak kamu dulu pun kawin tak reti masak pun...Dah hawin baru blaja, skrg dah pandai dah...
AKu : (Dlm hati)..Adoi, tu kakak aku kawin umur 21..yg angah kawin umur 20...Mmg la tak reti apa2..Tp skrg masing2 dah bahagia dgn sepasang anak....
Aku : yela2...senang2...nanti akhir thn ma pi haji kan?? Apa kata mak doakan ika spy ika dpt jodoh ngn org jauh2....
Ma : Jauh2 kat mana??
AKu : Ala, ngn mat Salleh ker Arab ker?? ekekke...
Ma : Ngengada....
Aku : kih...kih...kih......
ALa ma, tak yah la nak tgesa- gesa...Ada jodoh aderla....Dpd jumpa org yg salah...Dapat suami kaki pukul, kaki hutang ker lebih baik tak yah kawin.. Ika rela kawin lambat dpd dapat org cam2...Biarla lambat asal jumpa org yg betul2 sayang kita...Kalau tak kawin pun, apa salahnya...Ika kumpul duit bebanyak, mak juga yg kayer....Ekeke
Ma : Yelah tu...Tak payahla nak cari org yg mcm tu...Ma pun taknak....
Aku : Yela, kalau ada, aderla...(aku diam membisu spjg perjalanan)
Pot...Pet...Pot...Pet....Aduh, mak aku bcakap n mbebel macam la aku ni dah tua sgt....Selalu lak tu......Kakak2 aku pun suka 'membarakan' mak aku......Mmg la diaorg kawin awal.......Tapi aku lain..........LAin sesangat........
Hehehe.....Sian kat aku....Panas telinga aku........
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me
through*
Wednesday, May 05, 2004
8:57 AM
"Pandangi Langit Malam Ini"
Aku suka lagu ini : lagu Indon(nak dload cari kat sesumpahstore or jiwang, okes!!)
Jikustik
Putri, jangan menangis
Hapus air mata
Di wajah cantikmu
Putri, kepergianku
Tak akan lama
Tahan rindumu
Putri, seandainya saja
Kubisa, menghentikan waktu
Kuhentikan waktu
Bila kau rindukan aku putri,
Coba kau pandangi langit malam ini, aku di situ
Bila itu talk cukup mengganti
Cobalah kau hirup udara pagi, aku di situ
Mungkin dengan perpisahan
Kita kan mengerti arti pertemuan
Putri, percaya padaku
ini hanya likuan hidup
Yang pasti berakhir
p/s : aku nak lagu rio febrians - lagu indon, x tahu tajuk pe...lagu tema crite "Rahasia Perkawinan" - ch9( Mon-Fri:8:30pm)
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Saturday, October 22, 2005
12:07 PM
Selamat Ulangtahun Yg Ke-23Hari ini 23 Oktober 2005, genap usia aku 23 tahun...Tuanya aku.....Masih belajar lagi...Bosannya...Bila la nak habis belaja, kawin duk umah jer....dah sakit kepala aku blaja....Tahun ni aku memikul satu t/jwb baru....tugas yang amat berat dan tak tahu rasanya aku mampu menjalankan-Nya dgn baik atau tak...Menjadi seorang daripada Exco Majlis Perwakilan Pelajar(MPP), menjadi wakil bagi student Fakulti Kejuruteraan dan menjadi Exco Alumni dan Pengantarabangsaan MPP sesi 2005/2006. Satu exco baru, yang tugasnya masih samar2 dan masih dalam kajian....
Aku mula merasakan agak tension dgn status baru aku ini...Dengan setiap hari menyarungkan baju formal-baju kurang dan kasut tumit( tumit seinci jer cukup) sudah cukup merimaskan aku...Kemana menghilangnya stail aku yang dulu?? Lebih selesa mengenakan slack or jeans and t-shirt. menyarungkan beg kecil di belakang?? Sekarang ni kena pakai handbag?? apa2 jelah....malas aku layan semua itu...
Semua assignment, tutorial semua aku tiru..mana sempat nak buat sendiri...Ada satu hari tu exam math, 4 jam sblm exam baru studi....aahh...nasib baik la result blh tahan....tapi dpt ciput2 jer la....Aku dah tak blh mengharapkan yang aku akan dpt markah tinggi dlm setiap exam...cuma mengharapkan lulus pun jadila...Cuma kalau project, aku yang ketua, tu baru aku buat (yerla, terpaksa buat)...
Sekarang, aku mula dpt mensesuaikan diri dengan kekalutan dan kesibukan ini...Aku studi exam jer pun kira syukurla....Aku dah mula belajar membahagikan masa antara tugas, tanggungjawab dan studi....Harap aku dapat mengharunginya dgn kuat semangat, tabah, dan sabar...
Takpe, tanggungjawab ni cuma setahun jer..Of course dlm sethn ni, pointer aku akan turun....Janji tak turun byk sangat cukupla....Dlm sibuk2, nak naikkan pointer utk taknak bayar PTPTN....hehhe....
Menghadapi Hari Perkahwinan Org Yg Pernah Kita SayangAku tak tahu kenapa aku menyuarakan tajuk ini....Mungkin aku merasakan aku akan menghadapinya tak lama lagi...Mungkin...Ex 1st dah tak dengar khabar 1/2 thn, dia dah kawin kot....Yg kedua, maybe akan berkahwin..al-maklumla, umur mereka dah lanjut...hehehhe
Harapan aku semoga, mereka semua berbahagia dengan rumahtangga yang dibina dan berkekalan sehingga ke akhir hayat....Semoga dapat baby2 yaang comel, anak2 yang berguna dan asuhla mereka dengan sebaik mungkin...Harap juga mereka mendapat isteri2 yang baik, solehah,pandai mengambil hati dan penyayang......Harap mereka semua mencintai orang2 yang pernah aku sayang sepertimana aku sayang mereka sewaktu sedang bercinta dulu..or biarlah kasih sayang mereka lebih daripada aku....
Harapan aku kepada org2 yang pernah aku sayang 'Apabila anda sudah mendirikan masjid,di situlah bermula tanggungjawab seorang suami dan ayah. hargailah isteri dan anak2...mereka amanah dpd Allah'
Ditanya sanggupkah aku dtg di majlis perkahwinan mereka??
jawapan aku : Entahla, maybe dtg, or maybe tak dtg....Akan dtg, tapi membawa Faezah (kwn baik aku)...or memilih utk tidak akan hadir???
Ditanya adakah aku akan nangis selepas menghadiri perkahwinan mereka??
jawapan aku : Entahla, tak kot...Benda dah berlalu...Tak payah sedihkan diri lagi...Rezeki dia dtg dulu...Rezeki aku kemudian...Lagipun dah takde apa nak dikenang....Itu semua pengalaman hidup yang membuatkan kita lebih matang....
Ditanya tidakkah aku ingin mencari pengganti??
jawapan aku : Entahla, tak terfikir utk itu skrg...Aku lebih bahagia dgn life aku skrg....Hidpu bz antara tugas dan studi...Biarla studi habis dulu....Dah malas nak bercinta time study....Dah serik utk merasa kecewa....Dah terlalu sukar utk mempercayai kaum sejenis Itu lagi....pintu hati dah tertutup buat beberapa tahun yg akan dtg....Dah takder perasaan.....Menjadi seorang yg 'no feeling, statik'....hehhe....Pendek kata, aku tak mau dah...Tunggu jerla jodoh yang hadir....
Ditanya mengapa aku begitu??
jawapan aku : Entahla, perasaan susah utk dimengertikan...
Diucapkan takziah kepada Dato' Seri sekeluarga atas kehilangan isteri tercinta...
Semoga roh Datin Seri dicucuri rahmat...
Disediakan web site untuk rakyat mengucapkan takziah kpd PM sekeluarga.
http://www.pmo.gov.my/doc/takziah.nsf/blog
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Thursday, September 22, 2005
10:26 AM
Kisah sepasang suami isteri tuaMasa cuti mid sem ari tu, fakulti aku ada buat trip ke bintulu...perjalanan bas dalam 14 jam...jauh la....Ada berhenti kat kawasan pantai...biasalah bdk2 laki nak mandi-manda....Adalah banyak2 gerai kat dpn tu....Ada satu gerai yg mengharukan aku....sebuah gerai yg terdiri oleh sepasang suami isteri tua ( bangsa cina kot ) dlm lingkungan umur 70-an.... Nak tahu diaorg jual apa....'kepak ayam panggang'....bukan senang nak jual tu....terharu tgk...rasa kesian dan bangga pun ada....betapa utuhnya cinta mereka hingga ke hujung nyawa....bsusah-payah mencari rezeki, x mengharapkan simpati org or bantuan anak2 ( x tahula ada anak ke tak ).....susah nak cari org tua yg menggunakan tulang empat kerat mencari rezeki....aku rasa nak nangis masa tu....Aku asik tengok jer diaorg....Nak bakar ayam bukan senang...panas bahang lagi, panas terik, hujan semua ada....Nak beli takut plak ( almaklumlah cina yg jual )......
Kisah seorg ayah melindungi anaknyaAda terbaca paper...sorryla terlambat skit baca...almaklumlah sini paper rm2.00....baca kat fakulti je kalau takder org....Kisah accident seorg ayah dan anak lelakinya berusia 10 bulan....apa yg aku baca & faham ( sbb baca tgesa2...almaklumla curi2 baca )....anak dia sakit mata...ayah dia nak bawak pi klinik...kebetulan kereta rosak....ayah dia ni bawakla motor....anak dia kesejukan....ayah dia tak tahu nak lindungi anak dia ngn apa...ayah dia sarungkan baby dia ngn baju sejuk dia (sweater dia kot)...besar sgt....sekali lengan sweater tu tersangkut kat tayar belakang motor....ayah dia tak dpt kawal motor dia la....dua beranak ni jatuh....baby dia ni mati...yela 10 bulan baru...cedera parah kat kepala....ayah dia pun cedera gak....
aku rasa kesia pada si ayah ini....Dia nak melindungi anak dia, tak sangka benda macam ni nak berlaku...Dah takdir...Mesti ayah ni rasa bersalah seumur hidup...Aku berharap sgt ayah ni tak rasa bersalah...Dia dah buat yang terbaik utk anak dia...Tapi ALLAH dah tentukan segalanya...Dia pun tak jangka semua ni akan berlaku.....
Ini mengingatkan aku pada kisah abg ipar aku.....
Kisah abg ipar akuMasa aku cuti semester yang lepas, abg ipar aku amik akak aku dari kerja kat PJ...naik motor jer...pastu singgah amik anak dia 2 org, perempuan 6thn,lelaki 4thn kat umah baby sitter dia....So, 4 org la sekali naik moto..punyalah sarat.....Masa sampai simpang kat umah, tiba2 ada anjing melintas....Dia tak sempat brek...Terlanggarlah anjing tu...Jatuhla motor...abg ipar aku tercampak n terjatuh hempap anak dia yg ppuan...Kakak aku plak jatuh tapi peluk anak dia yg laki....Semua cedera..berdarah2 la...Masa tu akak aku pengsan...Abg ipar aku la yg cedera kat kaki tangan semua amik anak2 dia n isteri dia letak tepi jalan....Pastu, kebetulan ada jiran diaorg lalu naik kete...Bawala diarg pi pusat perubatan....
Abg ipar aku suh doktor rawat anak2 dia dulu n isteri dia...kakak aku kena masuk air....Badan dia lemah...Anak dia ppuan, yg 6 thn tu kena jahit 14 jahitan kat dahi n tangan, kaki, lengan, dah, bibir, mata semua berdarah...Dia paling terukla...Anak lelaki dia yg 4 thn tak teruk...cuma luka kat badan2...n kaki berbalut jer.....Last sekali, barulah, doktor rawat abg ipar aku.....Padahal dia teruk gak luka2..cuma tak berjahit n tak de patah2 la.....
Sayu aku tgk dia...Dia rela tahan sakit asalkan doktor rawat anak2 dia n isteri dia dulu...Bagi aku, agaknya itulah pengorbanan seorg suami dan ayah....Dah la lepas tu, dia bersusah payah hantar anak dia yg ppuan ke hosp private utk dapat best service....
Terus-terang aku cakap bertuah akak aku dapat suami penyayang dan sgt sayangkan anak2 dia....Daripada mula2 kawin, akak aku tak tahu masak, sumai dia masuk dapur, masak semua n tunjuk satu persatu camner nak masak makanan favourite dia...masakan kampung la...Punya la bersabar melayan karenah akak aku yang agak manja n moody tu....Sampaila, skg akak aku dah terror masak...n abg ipar aku blhla relaks jer.....
p/s: Best kan dpt suami penyayang cam2...Aku bersyukur...Kedua2 akak aku hidup bahagia bersama suami pilihan masing.....Aku berdoa semoga aku juga dipertemukan suami yang penyabar, penyayang, baik, penuh dgn sikap kelakian dan tahan dengan karenah aku yang yang manja ni....Cinta pertama belum tentu cinta yang sejati. Tetapi, cinta sejati biasanya cinta yang terakhir.
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Monday, September 19, 2005
3:37 PM
Hp aku rosakkk...masuk airHehehe....aku akan menyepi buat seketika disebabkan masalah di atas....Dah pi kedai hp, tapi ada kedai yg tak blh baiki...sbb software pun dah 'kong' sekali...Kena pi kedai yg betul2 terror..Aku mintak tolong bdk laki cina kelas aku pi hantarkan kedai hp....Harap2 nanti blhla...can't survive w/out h/p la....Ekeke...
Nak suh mak aku call aku, poskan kuih raya...pose nak dekat dah ni.....
Oklah..tata....(melayang lagila duit aku)
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Thursday, September 15, 2005
10:46 AM
Shima - Terserahla
Ku cari keikhlasan hati
Yang sudi berkongsi suka dan duka
Bersungguh untuk bersama
Apakah kau sudi terima
Banyak yang kau dengar
Tak semuanya benar
Dan terserahla untuk kau percaya
Walau aku cuba untuk menjelaskan
Mungkin kau terima bagai satu kepalsuan
Jatuh bangun sendirian
Pahit dan manis ku telan
Semuanya asam garam aku tempuhi
Zahir nampaknya ku tenang
Senyum penuh keramahan
Tetapi hati menangis
Tidak pernah ku ceritakan
Hanyalah tuhan
Tempat aku mengadu
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Wednesday, April 06, 2005
2:17 PM
Berhenti menulisKepada teman-teman seperjuangan,
Aku terpaksa berhenti menulis di blog ini...sebenarnya, aku dalam pemprosesan buat website baru...tapi bukan berbentuk blog...
So, aku dah takda masa n mood lagi nak maintain blog ni...Lagipun dah bosan tengok design blog ni.....Rasanya aku dah tekda benda nak bercerita pun...biarla aku terus low profile...minta maaf kawan2 semua...
babai....
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Thursday, March 24, 2005
3:04 PM
"Macam - macam"Alhamdulillah, aku dah habis dah final..Rasanya aku boleh jawap la..Walaupun bukan semua soalan dapat jawap....
Aku akan balik kl sabtu ni...Aku cuti dari 26/3 sampai 10/7...Lamanya...Alamak.aku kena keje M.A.S la ..."Mak Ayah Support"...hehhe..
Actually, aku nak bekerja part time cuti ini...Nak keje kilang ajer..Tu pun kalau bernasib baik...Tapi kena la tunggu selepas aku berehat selepas operate ni...
Rupanya selama ini yang aku selalu sakit gigi tu ada sebabnya...Ada hari aku dah tak tahan sangat, sampai aku amik panadol 8 biji. Roomate aku suruh aku pi klinik esoknya..
Terpaksalah aku pergi klinik private sabtu tu sebab dah tak tahan sangat sakit.. Rupanya aku disahkan mengalami urat mati..or ada urat gigi aku yg dah gagal berfungsi...Tak tahula sebab apa...Gigi aku takder berlubang pun....Doktor tu bagi ponstan n antibiotik utk legakan sakit aku....Padahal malam tu, aku ada paper final lagi...
Nasib baik doktor tu tulis surat utk aku berikan kepada doktor di KL. Memandangkan aku akan balik KL dalam tempoh seminggu lagi...Dia kata aku kena operate dgn pakar memandangkan aku ada masalah darah....Terpaksalah aku berehat selama 2 minggu selepas operate tu...
Sedang aku dlm kesakitan, nenek aku pula sakit tenat di kampung. Doktor di hospital dah suruh nenek aku duduk umah tunggu masa jer..Sebab dah takder usaha lain yg dpt dibuat...
Aku harap aku dapat balik sebelum nenek aku pergi...banyak dosa aku padanya....Dahla aku cucu kesayangan nenek...Nenek aku tinggal rumah aku dalam tempoh beberapa tahun jugak..Sejak dr sek. men lagi...Aku selalu sanggup berlapar di sekolah sebab nak balik makan masakan nenek...Kadang2 ada yg aku tak suka makan sebab masakan dia ada yg manis sangat... Tapi kesian tgk dia masak, aku terpaksa makan...Hari tu masa raya, nenek aku sempat bagi duit raya kat aku...Padahal aku dah besar dah..
Setiap kali aku balik kg, dia mesti tidur sebelah aku...Akulah cucu kesayangan dia...Sebab kakak2 ku dah kawin..n sepupu2 perempuan yg lain semuanya masih kecil....Lagipun, aku memang manja...
Aku harap Allah dapat tunaikan impian aku yg satu ni...Tak ternilai dosa2 aku padaNYa...Tak ternilai kasih sayang yg dia curahkan padaku...Aku nak balik jenguk mohon kemaafan darinya...aku harap Allah tabahkan diriku menghadapi dugaan ini...Kemungkinan penyakit darah aku akan lebih serius..Setakat ni masih tak tahu jenis penyakit dan punca sebenarnya..Cuma, ciri2 yg paling dekat ialah "hemophilia"...
Harap segalanya akan pulih seperti sedia kala...Harap Allah tabahkanlah diri aku...3 perkara penting berlaku dalam hidup aku pada masa yg sama....1) Putus Cinta.....2)Aku sakit.....3)Nenek kesayangan aku tenat....
Alhamdulillah, walaupun semua ni berlaku menjelang final....Aku dapat menghadapi peperiksaan dgn tenang...Walaupun aku tak dapat beri komitmen utk revision... Setiap kali aku peperiksaan, aku akan bawak air yasin....So, aku bawak botol air setiap kali exam...Harap air yasin buatan tangan aku ni dapat mengurangkan tension aku....
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Saturday, March 05, 2005
10:42 AM
Dewa - PupusAku tak mengerti, apa yang kurasa
rindu yang tak pernah begitu hebatnya
aku mencintaimu lebih dari yang kau tau
meski kau takkan pernah tau
aku persembahkan hidupku untukmu
telah ku relakan, hatiku padamu
namun kau masih bisu, diam seribu bahasa
dan hati kecilku bicara
Reff :
baru kusadari cintaku bertepuk sebelah tangan
kau buat remuk sluruh hatiku
semoga aku akan memahami sisi hatimu yang beku
semoga akan datang keajaiban hingga kaupun mau
aku mencintaimu lebih dari yang kau tau
meski kau takkan pernah tau
p/s : Aku suka sangat lagu ni...lagu Indon...skrg ni aku suka Jikustik, Peter Pan, dan Dewa....Speaker aku on selepas Isyak sampai lewat ,malam sebelum aku tido.... Hehehe
hold me TIGHT; and NEVER let go*