take my HAND; and GUIDE me
through*
Monday, November 16, 2009
1:28 PM
"Nota Perkahwinan"
Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.
TAPI....... tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu, dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya... KALA kau tiada duit, bukankah magic David Copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?"
TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah? Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan... TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi.... Cissss! !
Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam
TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...
Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"
Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi, siap nak mengorat lagi... Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja.... bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....
Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain......
Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..
Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA??? Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh... Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh.... Syukur dgn apa yg telah dikurniakan.
Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada harapan ker bini itu TURUN dari langit.....
Kita tak suka perigi mencari timba... Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki... bukannya kita perlu hidup dgn sendiri....
Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha, rezeki itu memang tidak akan ada.... Syabas kpd sesiapa yg telah melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak...... ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me
through*
Tuesday, March 24, 2009
1:00 PM
Surat untuk Nasir
Saya tahu takder sape pun baca blog saya... Tp inilah satu2nya cara saya luahkan perasaan. Saya jenis yg pendam rasa hati... Bagi saya, apa yg sy nak ckp blh myakitkan hati, saya rela x cakap...Biarla rasa saya hanya saya n Allah je yg tahu... Sesungguhnya Dia mengerti...
Awak, saya tahu satu masa nanti awak akan singgah blog saya... Tapi tak tahu bile...
Saya nak minta maaf atas segalanya... Mungkin dah ditakdirkan kita takder jodoh... Saya cuba jd yang terbaik, tapi saya tak mampu jd terbaik... Perhubungan kite terlalu singkat utk kite mengenali hati budi masing2... tapi kite memilih jalan untuk berpisah...
Mungkin itu bukan jalan terbaik, tapi itu jalan yg kite pilih... Saya redha atas segalanya... sbb saya percaya pada jodoh.... saya tahu semua yg berlaku ada hikmahnya...
Cuma saya nak bgtau something kat awak... Awak silap... Awak ckp saya cuma perlukan awak, tp bukan cintakan awak... Kalau awak nak tahu, awak dah buka pintu hati saya utk lelaki... Awak dah tunjukkan pd saya, bahagianya hidup bile berteman... Awak dah ajar saya erti sunyi bile awak tiada...Saya berterima kasih kat awak...
Mungkin awak singgah dalam hidup saya utk bukakan pintu hati saya dan tunjukkan betapa indahnya cinta... Cuma mungkin saya bukan pilihan yg tepat utk jadi isteri awak...
Doakan awak ketemu bahagia dalam hidup... Thanks and sorry for everything ...
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me
through*
Saturday, September 20, 2008
12:25 PM
Lemah Lembut Seorang Wanita
Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut
Wanita tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat.
Celik mata, sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kaki-tangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'
Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.....
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me
through*
Pengorbanan Seorang Wanita/Isteri
sayu dgr kisah sebelum ini...mcm tu la kehidupan bkeluarga zaman skg...
ppuan dikatakan lemah, tp sy heran naper semua urusan byk ppuan yg pikul...
zaman dulu, lelaki bkerja, lelaki drive, ppuan suri rumah...
so, ppuan penat, dia x blh bising....sbb lelaki yg sara rumah tangga...
tp zaman skg??ppuan mana yg tak keje???ppuan mana yg tak drive???
ppuan skg maybe keje lg teruk dr laki kot...
ada yg jd doktor, jd engineer, programmer....
kira keje sama2 penat...tapi bila balik rumah,
semua urusan bulat2 isteri yg uruskan...
balik keje, kena g pasar.....siang2 semua lauk,
masak...kemas umah, angkat kain, lipat kain....s
ebelum g keje, basuh kain, jemur kain, masak jgk....kemas umah....
hmm, tu kalau belum ada anak...
kalau ada anak, balik keje, beli lauk, amik anak, masak...
mandikan anak, susukan anak....mgemas umah...mgajar anak....tidokan anak...
sblm g keje, kul 4 pagi, bangun susukan anak....
pastu tido balik....bangun, siapkan anak, basuh baju, jemur kain....
Inikan yg dikatakan kaum yg lemah???
Ya Allah, tunjukkanlah kpd semua kaum Adam betapa besarnya pengorbanan seorg isteri dan ibu......
Betapa penatnya mereka.............Tubuh yg lemah ini mampu membuat semau perkara yg tak mampu lelaki buat???
Mereka masih mganggap perempuan lemah???
Kalau la semua lelaki mengerti, kurang sikit bebanan seorg isteri...
Kurang skit rungutan kepenatan mereka......
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me
through*
Sunday, December 02, 2007
1:37 PM
Surat Untuk Az
Az, bila Az dah baca blog ika, maknanya ika dah pergi jauh dari hidup Az... Entahla Az, kita manusia hanya merancang.... Mungkin dah takdir kita tiada jodoh...
Ika cuba jadi yang terbaik dalam hidup Az, tapi nampaknya ika bukan yang terbaik... Ika tak harap jadi isteri, cukupla sekadar Az ingat pesan dan nasihat ika.. bagi ika timbul sekelumit kesedaran dalam diri, ika dah cukup hargainya...
Harap Az dapat yang terbaik untuk diri Az... Maafkan ika...
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me
through*
Monday, April 09, 2007
3:52 PM
1 Litre of Tears - Only Human by K

On the opposite coast of sadness
is something called a smile
On the opposite coast of sadness
is something called a smile
But before we can go there,
is there something we’re waiting for?
In order to chase our dreams,
we can’t have a reason to run away
We’ve got to go, to that far away summer’s day
If we find it tomorrow, we can’t sigh
Because like a boat that opposes the stream
we have to walk straight on
In a place worn down by sadness
something called a miracle, is waiting
Yet we are still searching
for the sunflower that grows at the end of spring
The warrior who awaits the morning light
before he can clasp it with red nails,
his tears glitter and fall
Even if we’ve grown used to loneliness
only relying on the light of the moon
We have to fly away with featherless wing
just go foward, just a little further
As the rainclouds break
the wet streets sparkling
Although it brings only darkness
A powerful, powerful lighthelps push us to walk on
This drama is about a girl who was diagnosed with a disease called
Spinocerebellar Degeneration when she was 15 years old, and was able to continue her life until her death at the age of 25 years old.
The plot is based on the true story of a Japanese girl named Kito Aya, who had the same disease. She kept writing in her diary to remember her experiences until she could no longer hold a pen. Aya simply wished to live until the end of her life, and the purpose of writing in the diary was to remind herself to not give up.
She shed tears many times, at the same time encompassed by the rich love and support from her family, friends, and boyfriend. Her diary “1 Litre of Tears” was published after her death, because of its inspiring and courageous message of, “Just being alive is such a lovely and wonderful thing.” So far, over 18,000,000 copies of her diary have been sold.
p/s : After watching this movie, we'll realize that every second is precious. For Aya, "Just being alive is such a lovely and wonderful thing"
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me
through*
Tuesday, March 06, 2007
5:11 PM
Berhenti Menulis
Malasnyer aku nak maintain blog ni.....sibuk la studi.....aku bercadang nak delete ajer.......tapi aku terlalu tamak...aku taknak nama account aku diambil oleh seseorg.........nama kesayangan aku ni..........
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me
through*
Wednesday, January 18, 2006
12:52 PM
I miss everything
I miss everything....Aku kena tulis something yg happy...atas permintaan seorang sahabat....tapi apa yg happy lam hidup aku agaknya??? Ntahla...shopping kot...tak pun, makan sepuas hati....Hehehe....
Ntahla...nanti aku happy, aku tulis la....
ok..babai....
P/s : Ucap tahniah buat sahabat, Faezah yg akan melangsungkan pertunangan 22 Jan nanti....I miss U...Hope berkekalan ke jinjang pelamin n Bahagia selamanya...Amin
hold me TIGHT; and NEVER let
go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Saturday, October 22, 2005
12:07 PM
Selamat Ulangtahun Yg Ke-23Hari ini 23 Oktober 2005, genap usia aku 23 tahun...Tuanya aku.....Masih belajar lagi...Bosannya...Bila la nak habis belaja, kawin duk umah jer....dah sakit kepala aku blaja....Tahun ni aku memikul satu t/jwb baru....tugas yang amat berat dan tak tahu rasanya aku mampu menjalankan-Nya dgn baik atau tak...Menjadi seorang daripada Exco Majlis Perwakilan Pelajar(MPP), menjadi wakil bagi student Fakulti Kejuruteraan dan menjadi Exco Alumni dan Pengantarabangsaan MPP sesi 2005/2006. Satu exco baru, yang tugasnya masih samar2 dan masih dalam kajian....
Aku mula merasakan agak tension dgn status baru aku ini...Dengan setiap hari menyarungkan baju formal-baju kurang dan kasut tumit( tumit seinci jer cukup) sudah cukup merimaskan aku...Kemana menghilangnya stail aku yang dulu?? Lebih selesa mengenakan slack or jeans and t-shirt. menyarungkan beg kecil di belakang?? Sekarang ni kena pakai handbag?? apa2 jelah....malas aku layan semua itu...
Semua assignment, tutorial semua aku tiru..mana sempat nak buat sendiri...Ada satu hari tu exam math, 4 jam sblm exam baru studi....aahh...nasib baik la result blh tahan....tapi dpt ciput2 jer la....Aku dah tak blh mengharapkan yang aku akan dpt markah tinggi dlm setiap exam...cuma mengharapkan lulus pun jadila...Cuma kalau project, aku yang ketua, tu baru aku buat (yerla, terpaksa buat)...
Sekarang, aku mula dpt mensesuaikan diri dengan kekalutan dan kesibukan ini...Aku studi exam jer pun kira syukurla....Aku dah mula belajar membahagikan masa antara tugas, tanggungjawab dan studi....Harap aku dapat mengharunginya dgn kuat semangat, tabah, dan sabar...
Takpe, tanggungjawab ni cuma setahun jer..Of course dlm sethn ni, pointer aku akan turun....Janji tak turun byk sangat cukupla....Dlm sibuk2, nak naikkan pointer utk taknak bayar PTPTN....hehhe....
Menghadapi Hari Perkahwinan Org Yg Pernah Kita SayangAku tak tahu kenapa aku menyuarakan tajuk ini....Mungkin aku merasakan aku akan menghadapinya tak lama lagi...Mungkin...Ex 1st dah tak dengar khabar 1/2 thn, dia dah kawin kot....Yg kedua, maybe akan berkahwin..al-maklumla, umur mereka dah lanjut...hehehhe
Harapan aku semoga, mereka semua berbahagia dengan rumahtangga yang dibina dan berkekalan sehingga ke akhir hayat....Semoga dapat baby2 yaang comel, anak2 yang berguna dan asuhla mereka dengan sebaik mungkin...Harap juga mereka mendapat isteri2 yang baik, solehah,pandai mengambil hati dan penyayang......Harap mereka semua mencintai orang2 yang pernah aku sayang sepertimana aku sayang mereka sewaktu sedang bercinta dulu..or biarlah kasih sayang mereka lebih daripada aku....
Harapan aku kepada org2 yang pernah aku sayang 'Apabila anda sudah mendirikan masjid,di situlah bermula tanggungjawab seorang suami dan ayah. hargailah isteri dan anak2...mereka amanah dpd Allah'
Ditanya sanggupkah aku dtg di majlis perkahwinan mereka??
jawapan aku : Entahla, maybe dtg, or maybe tak dtg....Akan dtg, tapi membawa Faezah (kwn baik aku)...or memilih utk tidak akan hadir???
Ditanya adakah aku akan nangis selepas menghadiri perkahwinan mereka??
jawapan aku : Entahla, tak kot...Benda dah berlalu...Tak payah sedihkan diri lagi...Rezeki dia dtg dulu...Rezeki aku kemudian...Lagipun dah takde apa nak dikenang....Itu semua pengalaman hidup yang membuatkan kita lebih matang....
Ditanya tidakkah aku ingin mencari pengganti??
jawapan aku : Entahla, tak terfikir utk itu skrg...Aku lebih bahagia dgn life aku skrg....Hidpu bz antara tugas dan studi...Biarla studi habis dulu....Dah malas nak bercinta time study....Dah serik utk merasa kecewa....Dah terlalu sukar utk mempercayai kaum sejenis Itu lagi....pintu hati dah tertutup buat beberapa tahun yg akan dtg....Dah takder perasaan.....Menjadi seorang yg 'no feeling, statik'....hehhe....Pendek kata, aku tak mau dah...Tunggu jerla jodoh yang hadir....
Ditanya mengapa aku begitu??
jawapan aku : Entahla, perasaan susah utk dimengertikan...
Diucapkan takziah kepada Dato' Seri sekeluarga atas kehilangan isteri tercinta...
Semoga roh Datin Seri dicucuri rahmat...
Disediakan web site untuk rakyat mengucapkan takziah kpd PM sekeluarga.
http://www.pmo.gov.my/doc/takziah.nsf/blog
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Thursday, September 22, 2005
10:26 AM
Kisah sepasang suami isteri tuaMasa cuti mid sem ari tu, fakulti aku ada buat trip ke bintulu...perjalanan bas dalam 14 jam...jauh la....Ada berhenti kat kawasan pantai...biasalah bdk2 laki nak mandi-manda....Adalah banyak2 gerai kat dpn tu....Ada satu gerai yg mengharukan aku....sebuah gerai yg terdiri oleh sepasang suami isteri tua ( bangsa cina kot ) dlm lingkungan umur 70-an.... Nak tahu diaorg jual apa....'kepak ayam panggang'....bukan senang nak jual tu....terharu tgk...rasa kesian dan bangga pun ada....betapa utuhnya cinta mereka hingga ke hujung nyawa....bsusah-payah mencari rezeki, x mengharapkan simpati org or bantuan anak2 ( x tahula ada anak ke tak ).....susah nak cari org tua yg menggunakan tulang empat kerat mencari rezeki....aku rasa nak nangis masa tu....Aku asik tengok jer diaorg....Nak bakar ayam bukan senang...panas bahang lagi, panas terik, hujan semua ada....Nak beli takut plak ( almaklumlah cina yg jual )......
Kisah seorg ayah melindungi anaknyaAda terbaca paper...sorryla terlambat skit baca...almaklumlah sini paper rm2.00....baca kat fakulti je kalau takder org....Kisah accident seorg ayah dan anak lelakinya berusia 10 bulan....apa yg aku baca & faham ( sbb baca tgesa2...almaklumla curi2 baca )....anak dia sakit mata...ayah dia nak bawak pi klinik...kebetulan kereta rosak....ayah dia ni bawakla motor....anak dia kesejukan....ayah dia tak tahu nak lindungi anak dia ngn apa...ayah dia sarungkan baby dia ngn baju sejuk dia (sweater dia kot)...besar sgt....sekali lengan sweater tu tersangkut kat tayar belakang motor....ayah dia tak dpt kawal motor dia la....dua beranak ni jatuh....baby dia ni mati...yela 10 bulan baru...cedera parah kat kepala....ayah dia pun cedera gak....
aku rasa kesia pada si ayah ini....Dia nak melindungi anak dia, tak sangka benda macam ni nak berlaku...Dah takdir...Mesti ayah ni rasa bersalah seumur hidup...Aku berharap sgt ayah ni tak rasa bersalah...Dia dah buat yang terbaik utk anak dia...Tapi ALLAH dah tentukan segalanya...Dia pun tak jangka semua ni akan berlaku.....
Ini mengingatkan aku pada kisah abg ipar aku.....
Kisah abg ipar akuMasa aku cuti semester yang lepas, abg ipar aku amik akak aku dari kerja kat PJ...naik motor jer...pastu singgah amik anak dia 2 org, perempuan 6thn,lelaki 4thn kat umah baby sitter dia....So, 4 org la sekali naik moto..punyalah sarat.....Masa sampai simpang kat umah, tiba2 ada anjing melintas....Dia tak sempat brek...Terlanggarlah anjing tu...Jatuhla motor...abg ipar aku tercampak n terjatuh hempap anak dia yg ppuan...Kakak aku plak jatuh tapi peluk anak dia yg laki....Semua cedera..berdarah2 la...Masa tu akak aku pengsan...Abg ipar aku la yg cedera kat kaki tangan semua amik anak2 dia n isteri dia letak tepi jalan....Pastu, kebetulan ada jiran diaorg lalu naik kete...Bawala diarg pi pusat perubatan....
Abg ipar aku suh doktor rawat anak2 dia dulu n isteri dia...kakak aku kena masuk air....Badan dia lemah...Anak dia ppuan, yg 6 thn tu kena jahit 14 jahitan kat dahi n tangan, kaki, lengan, dah, bibir, mata semua berdarah...Dia paling terukla...Anak lelaki dia yg 4 thn tak teruk...cuma luka kat badan2...n kaki berbalut jer.....Last sekali, barulah, doktor rawat abg ipar aku.....Padahal dia teruk gak luka2..cuma tak berjahit n tak de patah2 la.....
Sayu aku tgk dia...Dia rela tahan sakit asalkan doktor rawat anak2 dia n isteri dia dulu...Bagi aku, agaknya itulah pengorbanan seorg suami dan ayah....Dah la lepas tu, dia bersusah payah hantar anak dia yg ppuan ke hosp private utk dapat best service....
Terus-terang aku cakap bertuah akak aku dapat suami penyayang dan sgt sayangkan anak2 dia....Daripada mula2 kawin, akak aku tak tahu masak, sumai dia masuk dapur, masak semua n tunjuk satu persatu camner nak masak makanan favourite dia...masakan kampung la...Punya la bersabar melayan karenah akak aku yang agak manja n moody tu....Sampaila, skg akak aku dah terror masak...n abg ipar aku blhla relaks jer.....
p/s: Best kan dpt suami penyayang cam2...Aku bersyukur...Kedua2 akak aku hidup bahagia bersama suami pilihan masing.....Aku berdoa semoga aku juga dipertemukan suami yang penyabar, penyayang, baik, penuh dgn sikap kelakian dan tahan dengan karenah aku yang yang manja ni....Cinta pertama belum tentu cinta yang sejati. Tetapi, cinta sejati biasanya cinta yang terakhir.
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Monday, September 19, 2005
3:37 PM
Hp aku rosakkk...masuk airHehehe....aku akan menyepi buat seketika disebabkan masalah di atas....Dah pi kedai hp, tapi ada kedai yg tak blh baiki...sbb software pun dah 'kong' sekali...Kena pi kedai yg betul2 terror..Aku mintak tolong bdk laki cina kelas aku pi hantarkan kedai hp....Harap2 nanti blhla...can't survive w/out h/p la....Ekeke...
Nak suh mak aku call aku, poskan kuih raya...pose nak dekat dah ni.....
Oklah..tata....(melayang lagila duit aku)
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Thursday, September 15, 2005
10:46 AM
Shima - Terserahla
Ku cari keikhlasan hati
Yang sudi berkongsi suka dan duka
Bersungguh untuk bersama
Apakah kau sudi terima
Banyak yang kau dengar
Tak semuanya benar
Dan terserahla untuk kau percaya
Walau aku cuba untuk menjelaskan
Mungkin kau terima bagai satu kepalsuan
Jatuh bangun sendirian
Pahit dan manis ku telan
Semuanya asam garam aku tempuhi
Zahir nampaknya ku tenang
Senyum penuh keramahan
Tetapi hati menangis
Tidak pernah ku ceritakan
Hanyalah tuhan
Tempat aku mengadu
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Wednesday, April 06, 2005
2:17 PM
Berhenti menulisKepada teman-teman seperjuangan,
Aku terpaksa berhenti menulis di blog ini...sebenarnya, aku dalam pemprosesan buat website baru...tapi bukan berbentuk blog...
So, aku dah takda masa n mood lagi nak maintain blog ni...Lagipun dah bosan tengok design blog ni.....Rasanya aku dah tekda benda nak bercerita pun...biarla aku terus low profile...minta maaf kawan2 semua...
babai....
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Thursday, March 24, 2005
3:04 PM
"Macam - macam"Alhamdulillah, aku dah habis dah final..Rasanya aku boleh jawap la..Walaupun bukan semua soalan dapat jawap....
Aku akan balik kl sabtu ni...Aku cuti dari 26/3 sampai 10/7...Lamanya...Alamak.aku kena keje M.A.S la ..."Mak Ayah Support"...hehhe..
Actually, aku nak bekerja part time cuti ini...Nak keje kilang ajer..Tu pun kalau bernasib baik...Tapi kena la tunggu selepas aku berehat selepas operate ni...
Rupanya selama ini yang aku selalu sakit gigi tu ada sebabnya...Ada hari aku dah tak tahan sangat, sampai aku amik panadol 8 biji. Roomate aku suruh aku pi klinik esoknya..
Terpaksalah aku pergi klinik private sabtu tu sebab dah tak tahan sangat sakit.. Rupanya aku disahkan mengalami urat mati..or ada urat gigi aku yg dah gagal berfungsi...Tak tahula sebab apa...Gigi aku takder berlubang pun....Doktor tu bagi ponstan n antibiotik utk legakan sakit aku....Padahal malam tu, aku ada paper final lagi...
Nasib baik doktor tu tulis surat utk aku berikan kepada doktor di KL. Memandangkan aku akan balik KL dalam tempoh seminggu lagi...Dia kata aku kena operate dgn pakar memandangkan aku ada masalah darah....Terpaksalah aku berehat selama 2 minggu selepas operate tu...
Sedang aku dlm kesakitan, nenek aku pula sakit tenat di kampung. Doktor di hospital dah suruh nenek aku duduk umah tunggu masa jer..Sebab dah takder usaha lain yg dpt dibuat...
Aku harap aku dapat balik sebelum nenek aku pergi...banyak dosa aku padanya....Dahla aku cucu kesayangan nenek...Nenek aku tinggal rumah aku dalam tempoh beberapa tahun jugak..Sejak dr sek. men lagi...Aku selalu sanggup berlapar di sekolah sebab nak balik makan masakan nenek...Kadang2 ada yg aku tak suka makan sebab masakan dia ada yg manis sangat... Tapi kesian tgk dia masak, aku terpaksa makan...Hari tu masa raya, nenek aku sempat bagi duit raya kat aku...Padahal aku dah besar dah..
Setiap kali aku balik kg, dia mesti tidur sebelah aku...Akulah cucu kesayangan dia...Sebab kakak2 ku dah kawin..n sepupu2 perempuan yg lain semuanya masih kecil....Lagipun, aku memang manja...
Aku harap Allah dapat tunaikan impian aku yg satu ni...Tak ternilai dosa2 aku padaNYa...Tak ternilai kasih sayang yg dia curahkan padaku...Aku nak balik jenguk mohon kemaafan darinya...aku harap Allah tabahkan diriku menghadapi dugaan ini...Kemungkinan penyakit darah aku akan lebih serius..Setakat ni masih tak tahu jenis penyakit dan punca sebenarnya..Cuma, ciri2 yg paling dekat ialah "hemophilia"...
Harap segalanya akan pulih seperti sedia kala...Harap Allah tabahkanlah diri aku...3 perkara penting berlaku dalam hidup aku pada masa yg sama....1) Putus Cinta.....2)Aku sakit.....3)Nenek kesayangan aku tenat....
Alhamdulillah, walaupun semua ni berlaku menjelang final....Aku dapat menghadapi peperiksaan dgn tenang...Walaupun aku tak dapat beri komitmen utk revision... Setiap kali aku peperiksaan, aku akan bawak air yasin....So, aku bawak botol air setiap kali exam...Harap air yasin buatan tangan aku ni dapat mengurangkan tension aku....
hold me TIGHT; and NEVER let go*
take my HAND; and GUIDE me through*
Saturday, March 05, 2005
10:42 AM
Dewa - PupusAku tak mengerti, apa yang kurasa
rindu yang tak pernah begitu hebatnya
aku mencintaimu lebih dari yang kau tau
meski kau takkan pernah tau
aku persembahkan hidupku untukmu
telah ku relakan, hatiku padamu
namun kau masih bisu, diam seribu bahasa
dan hati kecilku bicara
Reff :
baru kusadari cintaku bertepuk sebelah tangan
kau buat remuk sluruh hatiku
semoga aku akan memahami sisi hatimu yang beku
semoga akan datang keajaiban hingga kaupun mau
aku mencintaimu lebih dari yang kau tau
meski kau takkan pernah tau
p/s : Aku suka sangat lagu ni...lagu Indon...skrg ni aku suka Jikustik, Peter Pan, dan Dewa....Speaker aku on selepas Isyak sampai lewat ,malam sebelum aku tido.... Hehehe
hold me TIGHT; and NEVER let go*